05 January 2006

Mengimani Taqdir

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah. Baru selesai khatam Al Imaanu bil Taqdir, Beriman kepada Taqdir oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi. Sudah lama tidak bermotivasi membaca buku-buku baru. Benar-benar kerinduan tatkala mengingati masa lalu, masa yang sentiasa diperuntukkan untuk mengulangkaji berbuah-buah buku yang sentiasa menjadi keperluan dalam amanah seorang pelajar dan khalifah.

Akal berfikir sendiri. Adakah perlu ditinggalkan kecintaan itu kerana mengejar satu kecintaan lain?

Al Imaanu bil Taqdir. Petikan dari Portal Usrah. Untuk manfaat bersama, Insha Allah.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Kenapa kita harus berusaha sedangkan Allah telah menetapkan taqdir pada kita?

Taqdir dan usaha adalah dua sisi yang berbeza, dimana taqdir berhubungan dengan amalan hati sedangkan usaha adalah amalan fizik, tidak salah jika menggabungkan keduanya.

Ambil contoh perbezaan antara amalan hati dan fizik. Mengimani Allah tidak bererti meninggalkan ibadah kepada-Nya. Mengimani Rasul tidak bererti meninggalkan sunnah baginda. Mengimani Al Quran tidak bererti meninggalkan membacanya, memahami, melaksanakan hukum hukumnya serta berhenti memperjuangkan tegak perintah-perintahnya.

Dan demikianlah pula mengimani taqdir tidak diertikan meninggalkan usaha dan kerja keras. Itulah sebab mengapa mengimani qada’ dan qadar ( taqdir ) dimasukkan pada rukun Iman yang enam, bukan pada rukun Islam.

Jika ada yang bertanya," Mengapa kita harus berusaha sedangkan taqdir telah mendahului kita? Maka katakanlah pada orang itu, " Mengapa kita tidak berusaha sedangkan Yang Mengatur Taqdir telah menyuruh kita untuk berusaha? "

Benarlah firman Allah SWT, " Apabila sudah ditunaikan sholat maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak banyak supaya kamu beruntung." [QS Al Jumaah : 10]

Dari ayat ini dapat dibuat kesimpulan bahwa mengingati Allah banyak-banyak tidak bermakna meninggalkan usaha. Disinilah perlunya umat Islam memahami Al Quran secara syamil agar tidak dikotak katik oleh musuh-musuh Islam.

Napoleon Banaparte ketika memasuki Mesir sempat menggunakan dalil taqdir untuk melemahkan perlawanan umat dengan ucapannya yang terkenal,

" Kalian memang ditaqdirkan untuk dijajah!" Namun masih ada yang bisa membalas ucapan ini; " Jika dijajah adalah taqdir maka melawan penjajahan juga taqdir!"

Mungkin mereka para pahlawan Islam itu mengambil dari ucapan Umar bin Khatab apabila pasukan tenteranya bertemu dengan wabak taun di sebuah kota; "Lari dari taqdir Allah kepada taqdir Allah"

Pemahaman taqdir secara separuh-separuh akan mengakibatkan keterlambatan umat dalam mengejar ketinggalannya. Maka selamanyalah umat Islam akan dibawah telapak kaki orang-orang kafir. Dizalimi, dihina dan diperhambakan.

Sirah Rasul jelas mengatakan bahwa baginda tidak meninggalkan usaha dengan alasan taqdir ,sedangkan beliau SAW adalah manusia yang paling bertawwakkal pada Allah. Demikian pula Nabi Nabi sebelum baginda tidak ada seorang pun hanya duduk menunggu pertolongan dan rezeki dari langit.

" Bertawakkal adalah jiwa Rasulullah, sedangkan kerja keras adalah Sunnah baginda "