Bismillahirrahmanirrahim
Sekelilingnya hanya ada mesin dan anak manusia. Sekelilingnya hanya ada dunia. Wajah-wajah itu saling memberi makna tersendiri. Bekerja setiap detik ketika. Memenuhi keinginan manusia. Memenuhi keinginan peribadi. Demi sebuah matlamat yang sementara. Dunia dan segala isinya.
Wajah-wajah itu. Diconteng dengan warna-warna. Dihiasi dengan warna-warna. Yang mereka gelar kemodenan. Yang mereka panggil rentak arus semasa. Yang mereka tak sedar dalam sedarnya.
Aduhai, anak manusia. Mengapa dunia ini yang kamu kejari?
Dalam pandangan itu, dia terkesima sendiri. Dia juga sama. Berkerja bersama mereka. Memenuhi tuntutan keduniaan. Sehingga kekadang dia sendiri terleka. Keasyikan pada sebuah tuntutan benar-benar membuatkan dirinya terbabas lama.
Betapa dirinya rindu. Untuk kembali berani seperti dahulu.
Serasa bertahun lamanya tidak menuang tulisan di sini. Walaupun berjuta kerinduan untuk menulis, kesibukan sehari-hari benar-benar menghalangi.
Sahabat, doakan diri ini. Untuk kembali memiliki kekuatan itu.