
Bismillahirrahmanirrahim
Sejak semingguan lalu, musuh Allah laknatullah itu berterusan membedil dan membunuh saudara-saudaraku. Mereka bermaharajalela, berbunuh-bunuhan, mengambil nyawa yang bukan haq mereka. Mereka tidak mengira bayi, kanak-kanak, wanita, orang tua yang keuzuran, hatta tumbuh-tumbuhan. Setiap inci tanah milik Allah Taala itu menjadi korban. Dimerahi warna warna darah. Manusia-manusia yang tidak bersalah.
Recall that your Lord said to the angels, "I am placing a representative (a temporary god) on Earth."
They said, "Will You place therein one who will spread evil therein and shed blood, while we sing Your praises, glorify You, and uphold Your absolute authority?"
He said, "I know what you do not know.
They said, "Will You place therein one who will spread evil therein and shed blood, while we sing Your praises, glorify You, and uphold Your absolute authority?"
He said, "I know what you do not know.
Dan DIA lah yang lebih mengetahui.
Dan aku senyap sunyi memerhati dari jendela benua jauh. Membaca meneliti kezaliman laknatullah itu. Walau di sudut hati terbit rasa marah dan dendam, namun, kekuatan masih belum ada. Aku hanya mampu menangis tanpa mengalirkan air mata. Aku hanya mampu marah tanpa mengangkat senjata. Aku hanya mampu berdoa, tanpa melaksanakan apa-apa.
Hanya doa. Moga mereka saudara-saudara terus berjuang mara, mati syahid, bertemu Tuhan Yang Maha Mengadili segala-gala. Moga laknatullah itu dihancurkan oleh NYA. Laksana tentera-tentera Abrahah yang hancur lumat dibenam dengan batu panas neraka. Laksana tentera-tentera Firaun yang musnah dihanyut gelombang besar.
Dan aku sendiri kini menjadi takut. Melihat di mana kah saudara-saudaraku yang katanya punya kekuatan nuklear. Yang katanya punya kekuatan duit dan segala. Mereka senyap sunyi takut untuk ke depan. Dayus. Lemah. Entah siapakah yang menjadikan mereka sebegitu rupa. Entah apa yang telah aku. Dan mereka perbuat.
Saudara-saudaraku,
Tabahlah. Bersabarlah.
Kerana pertolongan Allah itu sangat dekat.
Hanya sahaja kita ini yang mungkin terleka dalam perjuangan. Masih mengharapkan kesempurnaan. Sedangkan kesempurnaan itu amat dekat dengan kita. Amat dekat.
Ya Allah,
Bantu kami. Untuk meneruskan perjuangan ini.
Semoga janjiMU itu tetap ada. Membantu dan menguatkan.
Dan memberi jalan, mempermudahkan.