Bismillahirrahmanirrahim
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad: 7]

Buat seseorang. Warisan dari syeikh itu. Buatmu.Anakku.
Jalan ini jalan yang panjang. Perlu punyai bekalan yang mencukupi agar tidak terhenti di pertengahan. Bekal itu adalah ilmu, faham dan keikhlasan. Pilihanmu pada jalan ini adalah tidak salah. Yang salah, apabila engkau berhenti kerana mahu memperbaiki diri. Sedangkan engkau meninggalkan saudara-saudaramu tenggelam dalam arus duniawi.
Anakku.
Tarbiyah dan dakwah itu mesti seiringan. Dan mesti seimbang. Perbaikilah dirimu dengan tarbiyah ilmu dan kefahaman. Dan perbaikilah masyarakatmu dengan amal dakwah dan kasih sayang. Dan berusahalah untuk ikhlas. Kerana ia kunci kepada nafas-nafas yang panjang.
Anakku.
Jalan ini jalan Rabbani. Jalan agamaNYA. Jalan yang tidak memerlukan kita, sebaliknya kita lah yang memerlukannya. Jika kita berhenti dari jalan ini, DIA pasti akan mendatangkan satu golongan manusia yang lebih hebat, lebih berkasih sayang dan golongan yang menang. Jika kita berhenti, kita lah yang rugi. Sedangkan DIA tidak memerlukan sesuatu apa pun dari kita, makhluk-makhlukNYA.
Anakku.
Jalan ini telah menyaksikan ramai yang gugur. Kerana kesilapan pada langkah bermula. Kerana tidak memahami tujuan dan matlamat untuk dirinya berada di jalan ini. Kerana telah lelah, dengan beban kerja dan amanah. Kerana dia terlupa untuk meminta kekuatan dariNYA, yang telah memilih dirinya.
Anakku.
Inilah satu-satunya jalan menuju ke syurga. Dan syurga itu dikelilingi oleh al hawaa dan ad dunya. Dan hanya DIA yang memiliki kuncinya. Maka janganlah berhenti untuk berdoa meminta kunci. Kunci hidayah. Yang disampaikan DIA kepada mereka yang benar-benar meminta.
Duhai jiwa-jiwa yang mahukan kemenangan,
Pertolongan itu sebenarnya hanya dari DIA. Disampaikan kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Maka hendaklah sentiasa merendahkan diri mengangkat tanganmu. Memohon doa dariNYA. Supaya sentiasa ditolong. Supaya sentiasa dipilih. Untuk menerajui hidup sebagai penolong agamaNYA.

Pesanan terakhir Syeikh Kabir. Kamu tidak akan ditolong selagi kamu tidak merasakan penat yang sebenarnya.