A hiatus. Recess (break), a break or interruption in the continuity of a work, action, etc.
Ya. Terlalu lama. Terlalu banyak cerita yang mahu diabadikan di sini. Terlalu sempit masa untuk itu, hanya sebentar singgahan meneliti kisah-kisah semalam. Yang kekadang membuatkan dia tersenyum sendirian. Dan apabila membaca harapan-harapan yang diukirnya di khatheerah ini, kekadang juga membuatkan dia tersenyum sendirian. Ah terlalu banyak angan-angan. Namun tidak salah kan untuk bermimpi?
Walk with a dream in your heart. And you will never walk alone.
Ya. Impian-impian yang mengukit motivasi dalam diri, untuk terus membaiki diri. Sedaya mampu berusaha meningkatkan potensi peribadi. Kerana satu pengertian, Tuhan mengutuskan kita untuk menjadi Khalifah dan 'Abdi. Yang bagaimana? Pastinya yang paling sesempurna. Dan bukan untuk diri atau peribadi. Namun untuk bersama-sama memimpin tangan-tangan mereka memanjat tangga syurga.
Dan harapan yang terbesar buatnya. Untuk satu hari nanti, ampunan teragung dari Tuhan Robbul Ikram. Untuknya seorang hamba yang terlalu banyak khilaf dan dosa.
O those of My servants who have transgressed against your own selves, despair not of God's mercy. God does forgive all sins, for surely He is the most forgiving most merciful one."
[QS 39:53]
Dia akan kembali menyepi. Perlu mengumpul nafas yang panjang. Doakan.
