31 August 2005

31 Ogos 2005

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini dalam sejarah.

Hari ini Malaysia beraya menyambut kemerdekaan yang telah berusia 47 tahun. Kemerdekaan dalam erti kata sebenar? Entahlah. Kita masih melihat bekas-bekas tinggalan penjajahan itu merajai pemikiran umat Malaysia. Merdeka? Hanya apabila manusia itu membebaskan diri dari menyembah manusia kepada penyembahan Yang Maha Esa. Saatnya? Insha Allah, pasti akan tiba. Yang utama, usaha dan jihad kita.

Hari ini kita berada di dunia negara. Paginya di Thailand, negara Gajah Mada. Petangnya di England, negara bekas penjajah Malaysia. Dua tempat, dua budaya, dua benua, nyata jelas perbezaan dua tanah ini. Namun, mereka punya persamaan juga. Mereka bangsa penjajah. Mereka bangsa yang tidak pernah dijajah. Dan mereka banyak menzalimi saudara-saudara seimanku.

Hari ini urusan segalanya dipermudahkan Allah Taala. Akan berlibur santai di kota ini sebelum terbang ke Ireland untuk menyambung urusan di sana nanti. Banyak yang mahu dijelajahi, diterokai dan diteliti. Tanah ini. Bangsa yang berbangga merajai separuh dunia. Dengan misi agama tentunya. Dan meninggalkan tanah jajahan dengan doktrin-doktrin yang sehingga kini diagungkan oleh anak bangsaku. Alangkah zalimnya kamu!!

Tunggulah. Kami pasti bangkit kembali. Kerana janji Allah Taala itu pasti.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal shalih bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.
[QS 24:55]