11 September 2005

UPEC 2005 In Memory

Bismillahirrahmanirrahim


The 40th International Universities Power Engineering Conference.
Conference Room. Boyle Library.
University College Of Cork, Ireland
.

Alhamdulillah. Diberikan kesempatan oleh Yang Maha Mengetahui untuk mengikuti seminar satu perkumpulan manusia. Penglibatan mereka yang arif dalam bidang masing-masing, samada di sektor industri, pendidikan tinggi, jurutera, business, guru atau pelajar. Melibatkan pembentangan beratus-ratus kertas kerja dan idea. Dari mereka yang telah sedia dikenali atau yang baru belajar untuk dikenali, untuk dunia mengiktiraf idea-ideanya.

Dan berada di dalam perkumpulan manusia ini, diri merasa amat keberuntungannya. Berjalan, melihat, menafsir. Benarlah pengalaman itu tidak ternilai dengan wang ringgit. Kehidupan sesuatu yang unik. Pada akal yang mahu berfikir.

Ilmu. China dan Eropah telah mendahului kita berpuluh-puluh tahun. Teknologi. China dan Eropah menguasai ketika ini. Kedua-dua kuasa ini menggunakan sepenuh potensi yang dimiliki oleh manusia untuk memajukan negara mereka, sekaligus menempah nama di persada sebagai kuasa dunia. Wakil Negara Islam? Hanya segelintir yang melintas pandang. Itupun ramai yang menjadi pendengar dari pembentang. Atau sekali sekala menyuarakan pandangan pada sesuatu isu. At least there was some achievement. =)

Pengalaman. Banyak. Satunya bertemu dengan seorang jurutera Islam Morocco yang bekerja di Frankfurt, Jerman. Berbicara seputar kondisi dan perbandingan amal Islami di Morocco-Malaysia, Jepun-Jerman. Lelaki itu yang lebih banyak berbicara, kita lebih tunduk diam mendengar. Katanya Malaysia bertuah, aman damai tanpa ada perang. Kita hanya tersenyum. Hati berbicara sendiri, keamanan itulah yang amat ditakuti, saat umat sebangsa semuanya lalai leka dengan urusan duniawi. Kerana musibah Allah Taala datangnya tanpa dimaklumi.

Keazaman. Ada niat yang diperbaharui. Ada semangat baru yang menghiasi kepulangan ke tanah permusafiran kali ini. Ada azam untuk lebih bersungguh-sungguh dengan penggal terakhir ini. Ada kemahuan untuk meningkatkan potensi diri. Demi Islam, agama yang dianuti, prinsip yang dipegangi.

Langkah kaki untuk perjuangan 600 tahun itu tidak bermula esok, tidak bertangguh lusa. Namun, ianya bermula hari ini. Pada saat ini. Pada mula hati bergetar dengan nama Rabbul Izzati.