Bismillahirrahmanirrahim
" Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. "
[Al Ahzab, 33:32]

Senyum. Tenang. Sebuah peringatan yang amat bermakna, benar-benar berkesan dalam diri. Walau tidak keras lafaz di lisannya, namun mentadabbur ayat itu bersama-sama, benar-benar satu penyampaian nasihah yang berhikmah.
Muhasabah diri sendiri. Kelalaian masa silam, kezaliman terhadap haq-haq Allah Taala, kesempatan luang untuk memperbaiki setiap amal itu, benar-benar kesyukuran ini dipanjatkan kepada DIA. Lantas, dihadiahkan NYA pula dengan insan sebagaimana dirinya, sentiasa diperbetulkan dalam amal yang menyimpang. Dalam nasihah yang paling berhikmah, dalam ketenangan lafaz, tanpa sebarang rasa amarah.
Dalam diam, kita belajar menilai diri dan sifatnya. Pembentukan peribadi yang sebegitu lembut dan mulus, betapa Allah itu Maha Mengetahui segala. Dan pentarbiyahan itu berterusan. Nasihat dan peringatan, dalam bentuk yang paling berhikmah, dalam makna yang paling mendalam.
Hanya kerana mencari keredhaan Yang Maha Kaya. Hanya kerana lafaz kalimah, kerana aku cinta.
Jazakallahu khayran katheraa.