Dari langkah pertama, kami bermula bersama-sama, menempuh satu medan yang perit tetapi mengasyikkan. Alhamdulillah. Allah bagi kami ramai. Saling memperkasakan matlamat perjuangan yang diyakini. Saling membantu dalam menggapai setiap impian. Saling memperteguhkan. Saling memperkuatkan.
Langkah-langkah ini disambung. Perjalanan semakin sukar, berbatu, curam dan berdebu. Rupa-rupanya medan pertama itu hanyalah satu nikmat dari kepelbagaian nikmat bahagia yang dikurniakan Dia. Medan pertama itu mengasyikkan kerana kami masih belum bertemu dengan kesukaran. Hanya ada keasyikan, berkumpul dan berjalan.
Tidak hanya perjalanan ini yang sukar, namun, ada jalan-jalan yang menghias pandangan mata, menjadi tarikan hati. Jalan-jalan yang berbunga, berkilat cantik, tiada dipenuhi duri. Jalan-jalan itu tidak sesukar jalan kami. Dan kami mula berubah. Tanpa seorang pun dari kami yang sedar akan perubahan itu.
Kami ingat kami kuat. Kami ingat kami semua bijaksana. Namun, ilmu Allah Taala mengatasi segala-galanya.
Bilangan kami mulai berkurang. Karena ada yang terpengaruh dengan jalan itu. Karena ada tarikan lain yang lebih kuat memanggil, memaut kemahuan hati. Karena ada antara kami ini yang merasakan dirinya lah yang paling cemerlang, lantas menimbulkan benci pada diri selainnya. Karena ada yang telah merasakan, "cukuplah setakat ini! ".
" Para da`ie sentiasa terdedah kepada dua tarikan; Pertama, tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu, dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.
Kedua, tarikan syaitan yang menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya pada dunia. Makanya, dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya. " ~ MUNTALAQ ~
Peringatan terpenting, lihatlah pada langkah bermula setiap dari kita. Apakah yang menghiasi niat pada langkah pertama itu. Adakah kerana pengaruh teman? Riya` diri? Atau kerana ilmu yang diyakini? Kerana terhentinya langkah di pertengahan jalan adalah silap pada permulaannya.
Bilangan kami berkurang. Tetapi itu tidak bermakna semangat perjuangan kami juga berkurang. Karena kami berpegang pada satu janji.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepadaNya; dan carilah wasilah yang dapat menyampaikan kamu kepadaNya; dan berjihadlah di jalanNya supaya kamu beroleh kejayaan.
[Al Maidah, 5:35]
[Al Maidah, 5:35]