Bismillahirrahmanirrahim
Roda itu berputar. Kehidupan itu juga, tiada selamanya di puncak jaya dan tiada selamanya terperap di dasar terbawah. Dan iman itu juga sama. Ada kalanya ia memuncak, bergegas menyukai amal-amal kebaikan. Namun ada masanya, ia merudum jatuh, malas dan suka berlengah-lengah.
Dan kita juga pernah merasai jatuh itu. Perit. Sedih. Kecewa. Hanya meniti hari tanpa ada sebarang suntikan semangat. Memandang masa tanpa perasaan. Menutup jendela, menutup mata dari memandang siang dan malam yang dijadikan Allah Taala. Melupakan dunia yang masih hidup.
Namun, Dia adalah yang Maha Pengasih, yang Maha Mengetahui. Dalam rintihan setiap dini hari, didatangkan sebuah penyelesaian, dibukaNya pintu yang selama ini tertutup rapat. Dan rupa-rupanya matahari masih bersinar. Indah.
Tiada suatu hari, apabila terpancar sahaja fajar, melainkan masa akan menyeru kepada manusia;
" Wahai anak Adam! Aku adalah masa yang baru. Hanya pekerjaan kamu menjadi sakdi. Maka ambillah daku untuk bekalanmu. Sesungguhnya selepas aku pergi, aku tidak akan kembali hinggalah sampai ke hari kiamat! "
~ Hassan Al Basri ~