Bismillahirrahmanirrahim
" Tuhan yang Esa; (iaitu) Yang telah menciptakan aku, maka Dia memberikanku dengan hidayah; dan Yang memberi makan dan minum kepadaku; dan Yang menyembuhkan apabila aku sakit; dan Yang akan mematikan aku, kemudian Dialah yang akan menghidupkan aku (kembali); dan Yang sangat kuinginkan akan mengampuni dosa-dosaku pada hari Kiamat. "
[ Asy Syua`ara, 26:77-82]

Indahnya makna kehidupan, andai makna tawakkal itu benar-benar difahami, dihayati dan diterjemah ke dalam hidup ini. Indahnya makna sebuah hela nafas, andai setiap detik waktu itu hanya beriringi dengan zikir tanda cinta kepada Rabbul Jalil. Indah kan !!
Dan bertambah indah, andai setiap hati manusia itu mengerti akan hakikat ini. Tiadalah mereka memperhamba sesama manusia. Tiadalah mereka menzalimi bumi Allah ini. Yang ada hanya sebuah jiwa yang merdeka. Kerana telah kembali mengenali akan hakikat Rabbnya.
Indahnya apabila kita ini mahu mengerti...