Bismillahirrahmanirrahim
Dan Dia-lah Yang Menentukan perjalanan kamu !!.
Disember. Hanya tinggal 10 hari sahaja. Pejam celik, pejam celik, 2005 ini bakal mengangkat tirainya. Telah berlalu setahun dari usia kehidupan ini. Makin jauh dari semalam. Makin dekat dengan kematian. Namun sehari-hari ini begitu sibuk ya Allah.
Masa. Secepat gerakan awan. Selaju tiupan angin. Sekelip mata. Begitu juga jawapan manusia agung yang lama usianya, Nabi Allah Nuh a.s ketika didatangi malaikat maut, ditanyakan kepada baginda, bagaimanakah dirasakan usianya yang paling panjang itu? Dijawab baginda;
" Umur aku ini terlalu singkat. Seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu hadapan dan pintu belakang. Aku masuk ke dalamnya melalui pintu depan dan aku keluar melalui pintu belakang!!
- Nuh a.s -
- Nuh a.s -

Itulah gambaran singkatnya kehidupan. Kaallam yalbasuu illa saa`atan minannahar. Kehidupan dunia itu tidaklah kecuali hanya sesaat sahaja di siang hari. Hanyalah sesaat. Begitu sifat dunia. Ianya berlalu dan tidak mungkin kembali. Dan masa yang lalu itulah bendanya yang paling jauh dari manusia (Imam Al Ghazali). Dan masa itu bukanlah emas permata. Kerana hebatnya masa itu sehingga tiada sebarang nilai yang boleh menetapinya. Selayaknya masa itu adalah kehidupan manusia itu sendiri sebenarnya.
Dia (Masa) itu hidup! Tiada ertinya hidup manusia selain dari masa-masa yang dia ber`amal, semenjak dari lahir hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir."
- Imam Hasan Al Banna -
- Imam Hasan Al Banna -
Sibuk. Begitu sifatnya dunia. Namun antara dua kesibukan itu, ada satu ruang yang dinamakan lapang. Inilah nikmat yang begitu didambakan oleh umat manusia. Setiap hari dengan kesibukan kerja dan dunia, menjadikan lapang itu sesuatu yang begitu berharga. Namun, lapang inilah yang sentiasa dikaburi pandangan guna-manfaat oleh manusia. Selalunya lapang itu digunakan dengan sesuatu yang bukan untuk bekalan akhirat, bukan untuk amal ibadah.
Betapa berharganya lapang. Betapa berharganya masa. Dan betapa bernilainya peringatan, dari manusia yang sedar kepada mereka yang terlupa. Dan inilah tugas kita. Kerana panji itu hanya dimiliki oleh mereka yang bekerja. Yang mahu menyampaikan. Yang mahu saling memperingatkan.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka menyeru kepada yang baik dan melarang dari yang mungkar; serta mereka berlumba-lumba ke arah kebaikan. Dan merekalah orang-orang yang soleh."
[Al Munaafiqun, 63:11]
[Al Munaafiqun, 63:11]
Ya Rabbul `Asri, bantu kami untuk memanfaatkan lapang ini...