03 September 2006

Sekecil-kecil Amal.

Bismillahirrahmanirrahim
Ada sesuatu yang berharga. Buat mereka yang memahami akan hakikat pada memberi. Ada amal yang mudah. Ada sedeqah yang memberi makna terindah.

Dan ianya adalah yang paling mudah. Walau tidak berharta. Walau tidak punya apa-apa. Walau di sekeliling hanya ada keserabutan dan tekanan melata. Ianya adalah amal yang paling mudah.

Senyumlah. Dan senyumlah. Pada sesiapa sahaja. Pada mereka yang rapat. Pada mereka yang hanya berselisih bahu di jalanan. Dan itu adalah amal yang memberi makna terindah. Pada yang memberi.

Pada gambar tertera. Ada sesuatu yang mencuit tangkai hati. Ya, benar kan. Berikan seorang asing itu satu senyum buatnya. Senyum yang ikhlas pasti. Dan mungkin, itulah satu-satunya cerah matahari yang dilihatnya sepanjang hari.

Ayuh teman. Kita mulakan hari dengan senyuman. Kerana. Ianya adalah sekecil-kecil amal, yang melantunkan sebesar-besar ganjaran buat kita.

Senyum. Sedeqah paling mudah. Dan murah.

P/S: Awas ya teman-teman. Jangan senyum sebarangan.