Bismillahirrahmanirrahim
Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat! Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yakni orang-orang yang beriman.
[QS Asy-Syu'ara, 26:215]
Alhamdulillah. Segala puji buat NYA yang masih mengekalkan Iman dan Islam ini buat hamba yang fana'. Juga dikurniakan kekuatan dan nyawa berterusan untuk mengenali diri dan agama. Dan dipinjamkan sedikit waktu untuk bersama-sama yang tersayang.
Lewat minggu lalu. Berjalan. Melihat. Memerhati. Dan memahami.
Pada kalimah itu ada pelbagai pengertian yang bisa direnungi oleh kita sebagai hamba Rabbul Jalil. Ada tugas yang perlu dilaksanakan segera. Ada peluang beramal yang perlu dimanfaatkan. Ada peringatan yang paling utama.

Ada senyum segar menguntum. Ada ceria lembut menyambut. Ada halus bicara menyapa. Dan semuanya mengingatkan aku akan kedekatan mereka. Akan pertalian yang dimiliki. Akan perutusan dari Yang Haq. Untuk disampaikan kepada mereka yang terdekat.
Kerana aku dan mereka punya pertalian. Pertalian yang sangat dekat. Pertalian didasari satu darah, satu ikatan kasih sayang. Satu keturunan. Kasih sayang ini yang terjelma dari dalam hati. Untuk kami saling mendapatkan yang terbaik. Untuk kami memperbaiki diri. Untuk kami menggapai syurga. Dengan redha DIA.
Yang terdekat itu. Paling layak mendapatkan peringatan dari diri ini. Dan paling utama untuk memperingatkan diri sendiri. Sebagaimana mampu untuk bekerja di daerah sana. Begitulah kerja azali di daerah terpencil ini. Untuk sama-sama saling memperbaiki. Saling memperingati. Saling berkasih sayang, dalam rahmat redha Tuhan.
Betapa berat mata yang memandang. Pada jahil dan kebodohan. Pada leka untuk menyampaikan. Pada cabaran hawa nafsu dan duniawi yang sentiasa mencengkam.
Berat lagi bahu yang memikul. Pada ilmu yang dimiliki. Pada amanah yang difahami. Aku dan mereka. Punya banyak kerja. Namun, betapa tidak kecukupan masa. Sentiasa merasakan berat ketidak-cukupan masa.
Namun. Mungkin kerana terlupa dalam doa dengan DIA.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu bata.
[QS Al An'am, 6:66]
[QS Al An'am, 6:66]