Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji yang selayaknya buat Robbul Rafi'. Demi kekuasaan NYA yang memenuhi langit dan bumi. Terima kasih Tuhan. Di atas keizinan yang dikurniakan untuk mengatur pertemuan hati-hati buat kesekian kali.
" Dan DIA lah yang menyatukan hati-hati mereka (yang beriman itu). Sekiranya engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya DIA lah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."
[QS 7:65]
[QS 7:65]
Allahu Robbal 'Alamin. Mohon diberkati pertemuan ini.
Keberkatan. Kerana DIA memiliki seratus rahmah. Dan satu daripadanya buat makhluk-makhluk yang melata yang bumi al fanaa. Dan kerana rahmah itu, manusia saling kasih mengasihi. Haiwan betina saling menyayangi anak-anaknya. Dan para ibu begitu menginginkan segala yang terbaik untuk keluarganya. Manakala disimpan di sisiNYA sembilan puluh sembilan yang berbaki, buat hamba yang berjaya menjejaki syurga. [maksud hadith]
Penyatuan yang bersumberkan dari aqad yang satu merupakan salah satu dari rahmah NYA. Penyatuan dan jalinan yang paling agung kerana itulah bukti keimanan seorang hamba. Penyatuan hati-hati mukmin, bersumberkan dari sifat NYA, Ar Rahim. Dan alangkah bertuah sekiranya manusia itu mengetahui hakikat ini.
Tasbih di saat-saat yang berharga di penghujung malam dan menjalin persaudaraan seiman merupakan dua tiang yang saling berkaitan. Kedua faktor ini merupakan landasan bagi tertegaknya jamaah muslimin, dan merupakan dua sumber yang melimpah ruah untuk membekalkan kebaikan kepada para da'i nya - Imam Ahmad Ar Rasyid dalam Ar Raqaiq -
Inilah pemerhatian yang benar lagi tepat dari hati seorang pejuang yang ikhlas. Betapa persaudaraan yang merupakan penyatuan hati-hati manusia yang beriman kepada Robbul Ahad bakal melimpahkan kemenangan yang nyata. Penyatuan yang menjanakan semula sifat-sifat positif dalam diri mukmin yang merindukan pertemuan dengan NYA. Penyatuan yang berlandaskan manhaj Robbani dan seiring takungan syariat. Lantas, membangkitkan dedikasi dan kekuatan buat mengislah ummat.
Allahu Robbul 'Alamin. Mohon diberkati pertemuan ini.
" Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu kamu bermusuh-musuhan (masa jahiliyah) lalu Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat NYA kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
[QS 3:103]
Mereka telah meniti tepian neraka. Namun, diselamatkan Allah kerana nikmatNYA. Adakah belum cukup kepada hati untuk rasa mensyukuri? Adakah masih belum sampai kesedaran kepada mereka, untuk kembali kepada NYA dengan merendah diri?
Dan tanpa lalai, meneruskan perjuangan dengan izzah yang tinggi.
*********************************************
Dia memandang wajah-wajah ceria itu satu persatu. Wajah-wajah bakal mujahidah dakwah yang sedang menyiapkan langkah pertama. Wajah-wajah yang menginginkan kemenangan buat Islam dan manhaj Ilahi. Wajah-wajah mungil yang kini sepenuh izzah menjulang addin mereka.Dan dia kembali mengingati satu waktu. Kisah gadis kecil itu. Dan pesanan dari syeikh kabir.
Betapa kesilapan pada langkah pertama akan menjadikan pergerakan ini terhenti (futur) di tengah jalan. Permulaan yang begitu manis dan indah akan mengabui hati-hati sehingga menganggap jalan ini bukan satu laluan yang sukar. Dan apabila Tuhan mentaqdirkan sesuatu yang berbeza (tetapi selari dengan sunnahNYA), langkah-langkah itu mulai goyah. Dan tanpa disedari, ianya lansung terhenti. Nau'zubillahi min dzalik.
Moga-moga Allah sentiasa akan memberikan kesempatan kepada hati-hati mereka untuk memuhasabah diri. Dan dia, untuk sentiasa memperhatikan gerak langkah bermula. Dan untuk terus merangka pertemuan-pertemuan lain nya. Untuk menyambung mata-mata rantai buat kelestarian juang.
Mencari istirehat di dunia ini tidaklah dibenarkan oleh orang-orang yang mempunyai harga diri. Kerana sesungguhnya seseorang di antara mereka masih tetap akan mengalami kelelahan di waktu kapan pun - Imam As Syafie