Wajah-wajah ceria itu. Melihat mereka sungguh mengukir satu rasa bahagia di sudut terdalam hatinya.
[QS 2:24]
Wajah-wajah ceria itu. Kejernihan niat dan kelurusan fahaman yang sedang dipertingkatkan. Kesudian yang bersumber dari ikhlas untuk berkumpul dan sesaat kembali beriman (Muntalaq-Muaz bin Jabal). Dan kesungguhan mereka untuk memperbaiki diri dan mengubah jahiliyyah masyarakat sezaman.
Wajah-wajah yang penuh pengharapan. Moga-moganya urusan yang ini cepat sampai pada matlamatnya. Dan begitulah setiap harapan dari kita. Moga-moga setiap yang diingini itu akan segera dikabulkan oleh Yang Maha Mendengar. Dan mereka juga sama. Mereka. Bakal penyambung mata rantai ini andai diizinkan oleh Yang Maha Kaya.
[QS 7:53]
Allah mengurniakan hidayahNya kerana mereka mahu mengubah jahiliyah dirinya. Wajah-wajah yang kini menemui nikmat terbesar kehidupan. Nikmat hidayatul iman dan Islam. Dan jiwa-jiwa yang memiliki keinginan untuk meraih redho Allah Al Ikram..
Namun, dia juga mengerti yang mereka mengetahui. Sesungguhnya perjalanan ini adalah satu hamparan ujian yang panjang.
Dan tidak akan selesai selagimana mereka tidak menyucikan jiwa dan fikrah untuk memiliki kemuliaan bertuhankan Robbul Ahad. Selagimana mereka tidak merasakan kelelahan yang telah dirasakan oleh pengasas perjuangan ini, Ar Rasul Muhammad. Selagimana mereka tidak menghidupkan malam-malam dengan kerinduan untuk menghadirkan hati dan pengharapan kepada Robbul Ghaffar.
Itulah bekalnya untuk sampai ke penghujung jalan ini. Wasilah-wasilah yang akan membina taqwa. Berbekallah kamu dan sebaik-baik bekal adalah taqwa. . Wasilah yang memerlukan nafas yang panjang (al isytiqamah). Dan kesungguhan dalam menundukkan al hawaa yang sentiasa menginginkan keindahan-keindahan dunia (al mujahadah).
Tanpa melupakan kunci sabar. Kerana kekhusyukan (tunduk dan takut) itu tidak didapati melainkan dengan ikhlas dan sabar. Demi untuk meraih pertolongan dariNYA, supaya berhasil dalam memperjuangkan fikrah yang agung ini. Samada dua, mati syahid atau hidup mulia dengan kemenangan dari NYA.
Wajah-wajah ceria itu. Dan persiapan pada langkah bermula.
”…Kami melimpahkan rahmat kepada siapa yang Kami kehendaki. Dan Kami tidak sesekali mempersia-siakan pahala muhsiniin (orang-orang yang melakukan kebaikan). Dan sungguh pahala akhirat itu lebih baik bagi mu’miniin dan muttaqiin (beriman dan selalu bertaqwa)”
[QS 12:56-57]
Ya Robbana
Pandulah kami dalam perjalanan ini.
Moga tidak dihiasi dengan niat yang lain.
Melainkan yang jernih-jernih sahaja.
Melainkan untuk redho Mu sahaja