01 January 2009

1430H. 2009M

Bismillahirrahmanirrahim

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada al haq; dan berpesan-pesan kepada as-sabr.


Ya. Semoga sentiasa dalam pesanan. Beringat dan saling mengambil peringatan.

Tika ini, ada tanah yang berdarah. Kerana tangan-tangan manusia yang belum mengenal siapa sebenarnya yang lebih berkuasa. Allah Al Akbar. Bantu hambaMU. Untuk mereka syahid di jalan itu. Untuk kemenangan yang pasti dariMU.