Bismillahirrahmanirrahim
"Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampuni dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah"
[HR Ibn Hibban]
"Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampuni dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah"
[HR Ibn Hibban]
Ramadhan telah berusia 20 hari. Makin mendekat saat-saat perpisahan. Entahkan masih panjang usia untuk bertemu Ramadhan tahun depan. Entahkan masih sempat untuk bertemu pengakhiran Ramadhan ini.Ramadhan telah berusia 20 hari. Serasanya cabaran untuk dia mengejar pembacaan quranul kareem begitu memberat. Serasanya malam demi malam untuk menyempurnakan qiam dan bertadarrus itu sungguh membebankan. Serasanya agak kering dan gersang bicara hati sehari demi sehari lewat sujud yang lama. Oh Tuhan, petanda apakah ini?
Ramadhan telah bertetangga selama 20 hari. Walau begitu berat bebanan yang dirasakan tika ini, dia cuba untuk bangkit. Dia mahu mendidik nafsunya yang degil itu. Untuk tunduk rela sepenuh redho mengadap ke hadrat Robbul Hayy wal Qayyum. Dia cuba untuk berdiri, merapatkan kedua belah kaki, menundukkan wajah untuk sujud yang lebih khusyu'. Kekadang dia menemui sakinah itu, ketenangan yang begitu diperlukan saat ini. Sakinah dan khusyu' yang mengiringi doa nya untuk sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Kekadang dia lalai terleka, lantas ibadah solah itu hanya menjadi ritual, bukannya qurratun'ain yang disabdakan oleh lisan Nabinya. Oh Tuhan, ampuni dia! Ampuni dia!
Ramadhan telah bertamu 20 hari. Untuk 10 hari terkemudian, Tuhannya membentangkan jaminan pembebasan dari api neraka. Ada ganjaran 1000 bulan untuk hari yang terpilih, kepada hamba-hamba yang bangun menghidupkan malam al qadr itu. Ada perlumbaan, untuk mendapatkan sebegitu besar jualan (sale&sale&sale) dan penawaran hebat dari Robbul Ghani, Yang Maha Kaya. Ada peluang terakhir untuk dia merafa'kan kedua belah tangan, memintal doa, mengharapkan sakinah, maghfirah dan taqwa. Hatinya terlalu ingin. Untuk terpilih sebagai calon Ar Rayyan!
Ramadhan masih berbaki 10 hari. Kalau dapat, ingin sahaja dia mahu meminta cuti dari majikan. Membawa diri berkhalwah di masjid berkubah biru-putih kesukannya di bandar cempaka. Dia mahu merebut tawaran dari Pemilik Arasy. Namun, itu mustahil. Dan itu kerap kali mencipta sedih di hujung tangkai hati penulis khatheerah ini. Terkadang sungguh seolah-olah dia lebih memberatkan dunia. Oh Tuhan, ampuni dia! Ampuni dia!
10 hari. Fastabiqul khoirat.