27 January 2010

AlHamd.

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.


Tuhan membuka pintu penyelesaian. Apabila kita merasakan sesak dada tersempit di hujung bebanan. Serasa berdiri di tebing yang tinggi, ketakutan, keresahan saling bermain di lubuk hati. Ombak rasa mewujudkan seribu satu kebimbangan dan ketidakpastian. 


Dan saat itu, Tuhan membuka pintu penyelesaian. Apakah rasanya?


Sejak semingguan lalu, dia berdepan dengan beberapa krisis di perusahaan ini. Melaporkan kesilapan yang dilakukan kepada ketua jabatan dan ketua-ketua jurutera adalah sesuatu yang berat. Menerima teguran dan melapangkan dada untuk setiap nasihat adalah lebih berat. Namun itulah yang pengajaran terbesar buatnya. Mengakui kesilapan diri yang melibatkan kos puluhan ribu dan janji-janji untuk tidak lagi mengulangi kesalahan itu. Dan betapa mereka begitu pemaaf untuk menerima kesalahannya.


Tuhan membuka pintu penyelesaian. Apakah rasanya?


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.


Serasa ada mataair yang dingin, mengalir menyejukkan ubun-ubun kepala. Serasa ringannya bahu, telah diangkat batuan masalah itu. Serasa ada pintu yang dibuka, menunjukkan jalan saat dirinya dihimpit kesempitan. Serasa banyaknya pertolongan dari Tuhan, dan dia sungguh berterima kasih atas segalanya.


Alhamdulillahi thumma Alhamdulillah.

Ya, syukurnya masih belum cukup.


Namun, Allah itu dengan segala Asma' yang agung adalah Pengampun jua Pemaaf. Apabila ada saat dia berasa seperti kembali bernafas semula, maka apakah rasa yang bakal hadir apabila timbangan amal itu telah sempurna?


Ya Ghoffar,
Kami ini tidak layak untuk syurgaMU.
Namun tiada terdaya untuk kami menempuh siksa nerakaMU.
Ampuni kami atas kelemahan ini.
Kerana Engkaulah empunya Kekuatan itu.