11 August 2010

01Ramadhan1431H - 30 Hari Mencari Cinta


Bismillahirrahmanirrahim

AlhamdulilLah thumma AlhamdulilLah. Oh tetamu agung itu kembali bertamu. Kedatangannya begitu ditunggu-tunggu dan dirindui. Oh kerana dia membawa terlalu banyak rahmat, keampunan dan barakah dari Tuhan Pemilik Al Arasy. Dia juga mengirimkan salam dan kasih sayang yang sempurna dari Robbul Ikram. Dia adalah janji-janji yang manis, dari Tuhan bernama Allah Azza waJalla kepada kita ini, hamba yang tidak sempurna.

Dia yang bernama Ramadhan Al Mubarak. Yang diberkati dan dirindui. Dan Lelaki Agung itu telah menunjukan satu sirah tauladan yang indah dalam menyempurnakan kedatangan Ramadhan ini. Tambahkan amal-amal khusus. Tambahkan amal-amal sunnah. Tambahkan kebajikan dengan bersedeqah & infaq. Tambahkan kenalan-kenalan baru dan pereratkan hubungan kenalan-kenalan lama. Dan perbanyakkan dzikir dan doa. 

Moga Ramadhan ini kita takkan kerugian lagi.

30 hari mencari cinta. CintaMU Ilahi Robbi.

-01Ramadhan1431H-