Bismillahirrahmanirrahim
27 Rejab 1433H.
27 Rejab 1433H.
Salam Ulangtahun Pernikahan.
JazakalLahu khairan kathirah atas 7 tahun yang indah.
JazakalLahu khairan kathirah atas 7 tahun yang indah.
27 Rejab. Hari ini, kami menyambut ulangtahun
pernikahan tahun ke-7. Dan rasa cinta itu masih manis, sepertimana manisnya saat
pertama jemari ini digenggam oleh suami usai lafaz nikah di East London Mosque, 11 pagi Khamis, 7 tahun lalu.
Alhamdulillah walLahuAkbar. Maha Suci Allah
yang sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam melayari bahtera
hidup berdua selama 7 tahun ini. Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang
mengurniakan rasa cinta, mawaddah dan bahagia kepada kami dalam meniti erti
hidup berumahtangga. Sungguh, Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
Alhamdulillah walLahuAkbar. Walau di belahan bumi berbeza, namun rasa keberadaan itu sentiasa mengikat
hati-hati kami. Sentiasa ada suara yang mengejutkan saya dari tidur, menemankan
saya bekerja dan memastikan saya tidur lena pada malamnya. Sentiasa ada soalan
yang menanyakan, “How’s your day today?”. Sentiasa ada, setiap hari, dan tidak pernah jemu
sedari usia-usia bulan madu. Maka apabila mereka bertanya, “Apakah tidak rindu?”,
saya senyum sendiri. Walau di belahan bumi yang berbeza, mempunyai suami yang mengambil
berat dan sabar melayani saya setiap saat, itu sudah sangat besar nikmatnya. Tidak pernah jemu dan tidak akan inshaAllah.
Alhamdulillah walLahuAkbar. Walau saya
bukan Khadijah buat suami, moga-moga ada bahagian Saidatina Aisyah buat saya
memanjat rasa syukur yang tidak berbelah bahagi untuk Tuhan Robbul Ikram. Menjadi Aisyah buat suami, memerlukan
saya untuk sentiasa siap siaga dengan ilmu dan kemahiran intelek kerana menurut
dia, atas dasar itulah dia jatuh cinta. Oh tapi saya tidak sempurna, masih
terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri di hadapan suami yang perlu saya
perbaiki. Dan kesabaran suami dalam menerima kekurangan saya ini adalah nikmat
yang tidak putus dari Tuhan. Walau saya bukan Khadijah untuk suami, sungguh
saya bersyukur kerana dipilih menjadi isteri kepada lelaki sehebat dia.
7 tahun yang mendidik kematangan dalam membina bahtera
rumahtangga. 7 tahun yang
penuh ranjau berduri dan awan mendung kelabu. 7 tahun yang tidak sempurna. Namun Allah masih menguatkan kami dengan ikatan cinta ini. Ada banyak pelangi indah dan wangian-wangian cinta yang memayungi perjalanan kami sehingga ujian sehebat manapun serasa kecil di hati. Dan sesungguhnya Engkau lebih Mengasihi.

Syukur ya Allah. Untuk segala sakinah, mawaddah dan rahmah selama 7 tahun ini. Moga ada lebih banyak 7 tahun yang diberkati selepas ini. Terima kasih buat belahan hati, kerana sentiasa sabar dan lembut dalam meladeni saya sebagai isteri.
Moga nanti ada rizki kami untuk menimang cahayamata pelengkap bahtera hidup ini, penyambung perjuangan menegakkan agama, menjadi imam buat golongan yang bertaqwa. Amin inshaAllah. Dan sesungguhnya ya Allah, Engkau lebih Mengetahui.