Bismillahirrahmanirrahim
Abdul Kadir bin Abdul Aziz, seorang yang warak dan soleh bertanya kepada Al Imam Asy Syafie, " Manakah yang lebih utama, kesabaran sewaktu diuji atau diberi keteguhan hati? ".Imam menjawab, " Diberikan keteguhan hati itu adalah darjat para anbiya. Dan tiada keteguhan hati selain sesudah diberikan ujian. Apabila engkau diuji, maka bersabarlah. Sesudah kesabaran itu, maka dikurniakan kepada mu keteguhan hati.
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah SWT menguji Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Ayyub as dan Nabi Sulaiman as. Kemudian DIA memberikan kepada mereka keteguhan hati? Dan itu semua adalah darjat yang paling utama. "
Maka bersabarlah duhai hati.
Di sebalik ujian itu, pasti ada hikmah kebaikan.
Dan hikmah terbaik buat mu, keteguhan hati, di tingkat darjat para nabi.