Bismillahirrahmanirrahim
ZulHijjah. Bahasanya bermakna hajj atau haji, atau beribadah ke baitul haram, rumah Allah. Zul itu pemilik. Dan ZulHijjah itu ialah bulan dimiliki Allah SWT, ganjaran agung buat hamba-hambanya yang beribadah ke Baitul Haram.
ZulHijjah. Bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Bulan di dalamnya termatri ibadah penyempurnaan rukun agama. Dan anjuran untuk berkorban. Apa sahaja. Walaupun syariatnya dikorbankan harta berupa binatang lembu, kambing dan unta. Namun di sana ada hikmah yang mengajarkan kepada kita, makna hidup seorang hamba. Dan pengabdian pada DIA yang maha memiliki segala-galanya.
ZulHijjah. Dalam suatu Hadis Riwayat Tarmizi, daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
لا لوسر اي :اولاقف.رشعلا مايلا هذه نم لا ىلإ بحأ نهيف حلاصلا لمعلا مايأ نم ام
لإ ،لا ليبس يف داهجلا لو" :ملس و هي لع لا ىلص لاقف ؟لا ليبس يف داهجلا لو
."ءىشب كلذ نم عجري ملف ،هلامو هسفنب جرخ لجر
[HR Tirmidzi]
Tiada hari yang lebih disukai Allah untuk (orang-orang yang beriman) mengerjakan amal-amal yang soleh di dalamnya selain daripada sepuluh hari yang pertama dari bulan Zulhijjah yang termaklum.
Sahabat-sahabat baginda bertanya," Ya Rasulullah! Tidak juga berjihad pada jalan Allah?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, " Dan tidak juga berjihad pada jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar berjuang dengan jiwa dan harta bendanya, lalu (gugur di medan perang sabil) dan dia tidak kembali lagi."
9 ZulHijjah. Kemuncak peribadatan.Dari Abi Qatadah, sabda Nabi SAW,
"Puasa pada hari 'Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun, iaitu tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
[HR Muslim].
"Puasa pada hari 'Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun, iaitu tahun yang lalu dan tahun yang akan datang."
[HR Muslim].