Bismillahirrahmanirrahim
”… Dan mereka (isteri-isteri kamu) telah mengambil mitsaqan gholiza (ikatan perjanjian yang kuat) dari kamu” [QS 4:21]
Mitsaqan gholiza. Satu ikatan. Satu perjanjian yang mulia. Kerana kemuliaan sang penyaksi. Yang bersaksikan wali dan disaksikan oleh Robbul ‘Ula, Yang Maha Tinggi.
Pernikahan merupakan maqam yang sangat indah. Pernikahan adalah hadiah yang istimewa dari Al Khaliq kepada makhluqnya yang bernama manusia. Pernikahan adalah jalan keluar, merungkai masalah kebejatan sosial dan tekanan jiwa manusia yang kini sudah lupa jalan pulang mereka.
Pernikahan adalah bukti kesucian cinta seorang lelaki kepada wanita yang dicintai. Kesucian cinta yang menyedarkan seorang lelaki tentang tanggungjawab sebagai suami dan sebagai nakhoda bahtera berkeluarga. Kesedaran kepadanya terhadap hakikat adil dan kepimpinan untuk mencorakkan akhlaq isteri dan anak-anak mengikut acuan Ilahi. Kesedaran yang mengangkat darjat wanita sebagai isterinya, belahan jiwanya. Yang meninggikan anak-anak sebagai amanah dari Tuhan Ar Rahman. Bukan semata-mata sebagai objek pemuas nafsu atau hamba-hamba suruhan atau hasil untuk dibuang.
Lelaki yang baik itu ialah mereka yang sentiasa berbuat kebaikan terhadap ahli keluarganya. Dan aku adalah sebaik-baik lelaki dari kalangan kamu.
[Khutbah Rasulullah dalam Haji Wida’]
[Khutbah Rasulullah dalam Haji Wida’]
Pernikahan adalah bukti penerimaan seorang wanita untuk menjadi milik seorang lelaki. Pemilikan yang menjadikan dia tinggi lagi mulia di sisi seorang lelaki dari sudut pandang Ilahi. Pemilikan yang menyedarkan seorang wanita terhadap tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pemimpin rumahtangga. Kesedaran untuk tunduk mentaati setiap perintah suami yang seiring perintah Robbul Jalil. Kesedaran untuk mendidik anak-anak menjadi pahlawan Robbani. Kesedaran yang bukan satu bebanan. Kerana wanita itu diciptakan untuk itu. Untuk merendahkan ego di hadapan seorang lelaki bernama suami. Demi mendapatkan makna qurratul a’yyun, penyejuk hati. Demi meraih ketinggian darjat dan pahala di sisi Robbul Hilmi.
”“Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh seorang isteri menyembah suaminya.”
[HR Abu Daud]
[HR Abu Daud]
Dan begitulah hakikat pernikahan. Semata-mata alat, bukan matlamat. Alat untuk menjernihkan jiwa makhluk lelaki dan wanita daripada nafsu yang sentiasa meledak. Alat untuk mewujudkan masyarakat Robbani, yang meninggikan kalimah Allah Robbul Ikram di atas muka bumi.
Pernikahan adalah suci. Satu pengiktirafan yang membuktikan keikhlasan lelaki dan wanita dalam menyatakan cinta kasih mereka. Satu matlamat untuk saling memelihara diri dan keluarga dari bahang api neraka. Satu ikatan yang menuntut untuk saling memberi, menerima dan melakukan pengorbanan. Satu wasilah yang mendekatkan mereka kepada kesempurnaan sebahagian iman.
Kecintaan kepada sang kekasih membuatmu menderita, tetapi kecintaan sang kekasih kepadamu akan memanjakanmu.- Imam Muadz bin Yahya
Dan bagi mereka yang memahami tuntutan-tuntutan hidup, pernikahan adalah wasilah yang diharapkan untuk melonjakkan lagi potensi diri dalam medan itu. Wasilah yang mendorong untuk melangkah lebih laju, lebih teguh dalam perjuangan yang diyakini. Lantas menjana tenaga optimisme dan ruhi (yang dulunya satu, kini telah menjadi dua) yang akan terus menggerakkan azam dan usaha untuk menata langkah ke hadapan.
Dan maqam ini menuntut pengorbanan yang bukan kecil. Menguji dan diuji untuk melihat sejauh mana bukti kecintaan yang harus dizahirkan. Cinta kepada Robb yang menciptakan cinta di dalam hati terhadap seorang lelaki. Sehingga ketemu kembali untuk diperlihatkan amal-amal nya, pembalasan syurga atau neraka.
Seketika dia terlupa, menyuarakan kesedihan dengan realiti pernikahan yang tidak serupa dengan yang lain. Namun, lelaki itu, tanpa bosan memujuk dengan lembut. Berulang-ulang mengingatkan untuk sentiasa bersabar dan terus bermujahadah. Dan untuk sentiasa berprasangka baik dengan DIA. Sentiasa.
Ya Tuhan. Moga terus diberi kekuatan kepada kami. Dan kepada mereka yang menikah demi memperjuangkan addin ini. Untuk terus beramal mengislah diri, keluarga dan manusia.
Saat-saatnya merindukan kehadiran suami, ada kisah yang menjadi penawar.

Novel Gadis di Hujung Sejadah.
Bakal dititipkan kisahnya di sini satu masa nanti. inshaAllah.