Bismillahirrahmanirrahim
Kalam yang baik adalah baik dan yang lebih baik daripada kalam adalah maknanya; dan yang lebih baik dari maknanya adalah pengamalannya; dan yang lebih baik dari pengamalannya adalah pahalanya; dan yang lebih baik daripada pahalanya adalah keredhaan dari Tuhan, yang kerana NYA amal itu dikerjakan.
****************************************
Ya Tuhanku,
Alasanku adalah keperluanku, persiapanku adalah kemiskinanku, jalanku menuju MU adalah nikmat MU kepadaku, dan yang memberi syafaat kepadaku di hadapan MU adalah kebaikan MU kepadaku.
Ya Tuhanku,
Aku mengetahui bahwa tiada jalan menuju kepada MU, kecuali kerana kemurahan MU dan tiada jalan yang terputus dari MU kecuali kerana keadilan MU.
Ya Tuhanku,
Bagaimana aku dapat melupakan MU, sedang aku tidak mempunyai Tuhan, selain Engkau.
- Imam Yahya bin Mu’adz Ar Razi-
[ Cambuk Hati oleh Dr ‘Aid bin Abdullah Al Qarni ]

Cambuk Hati. Sebuah lagi hasil penulisan seorang karyawan yang sangat dikagumi oleh diri, Dr ‘Aid Abdullah Al Qarni, seorang pejuang yang keluar masuk penjara demi sebuah keyakinan. Cambuk Hati adalah sebuah penulisan yang mengumpulkan ungkapan-ungkapan yang indah dan bermakna dari imam para wali, Imam Yahya bin Mu’adz untuk meransang hati dalam peribadatan. Kalimah-kalimah yang menepati dan menggetarkan hati, kerana diucapkan oleh lisan yang dianugerahkan Allah dengan ilmu, hikmah dan ma’rifat.
Cambuk Hati. Hadiah dari adinda kira-kira setahun yang lalu. Baru dibelek helaian demi helaian dalam sehari dua ini. Terasa malu juga kerana seolah-olah mengabaikan hadiah dari keikhlasan hati adinda ini. Dek kesibukan dengan urusan-urusan yang lain. Juga kekurangan azam untuk menghabiskan pembacaan pelbagai buku yang sentiasanya terhambat di pertengahan.
Moga kali ini berkesempatan untuk melazimi karya-karya tinggalan para ‘alim ulama. Dan usaha menggali nilai-nilai positif supaya terjana semula nilai-nilai optimisme dalam diri.
Buat adinda berdua. Anda lebih tahu anda siapa. Terima kasih tidak terhingga buat hadiah berwajah merah hati ini. Moga Allah membalasi niat dan usaha antunna dengan sebaik-baik ganjaran dan sebaik-baik tempat kembali. Dan doa juga. Supaya dipertemukan kembali dalam taman-taman DIA.

Rindu amat. Ya! untuk berkumpul semula.