Bismillahirrahmanirrahim
Tiada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah;
dan sesiapa yang beriman, pasti Allah memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul; maka kalau kamu berpaling (kamulah yang rugi); sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian,
kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
[QS At Taghobun, 64:11~13]
**********************************************************************************
Lewat hari itu, dia membawa dirinya ke pantai Batu Feringgi. Menikmati detik-detik indah sebelum terbenamnya matahari di ufuk barat. Melihat bot-bot nelayan berlumba pulang setelah seharian kepenatan mencari rezeki disediakan Tuhan pada lautan yang terbentang. Menyaksikan keindahan alam yang memberi tenang pada mata-mata yang mahu berfikir dan hati yang mahu merasai keagungan kuasa Robbul 'Alamin.
Dia tidak keseorangan. Diajak juga adinda-adinda berempat, berpeluang lapang waktu petang Ahad sebelum esoknya kembali bertarung dengan kerja-kerja akhir. Ya, kerja-kerja akhir, sebelum jumaat ini dia kembali ke desa halaman berpantai putih bersih negeri pantai timur. Kembali menagih kasih sayang orang tuanya. Hanya sepekan lagi untuk dia menikmati hari-hari di pulau mutiara ini.
Lewat hari itu, dia banyak memuhasabah diri. Memikirkan tentang keputusan yang telah dibuat tanpa perbincangan dengan ibu ayah atau suami. Ya, dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di syarikat antarabangsa itu tanpa merujuk kepada sesiapa. Hanya gerak hati yang menyetujui tindakannya sepurnama lepas. Hinggakan ketuanya sendiri agak terkejut dan dengan nada memujuk, memintanya untuk menunda tarikh pemergian. Dalam senyuman, dia menggeleng lembut. Keputusan ini harus diambil kerana hatinya sudah tidak betah untuk terus bertahan di situ. Untuk terus tersenyum walau hatinya menangis hiba. Untuk terus menjadi pelita sehingga dia sendiri kehabisan daya.
Lewat hari itu, sambil-sambil merenung langit dunia berwarna jingga, dia memuhasabah diri. Memuhasabah hatinya dan amal-amalnya. Memandang syahdu pada detik-detik akhir kesempatan waktu di tanah utara ini. Menaruh harapan agar keputusan ini adalah yang terbaik. Memohon dengan senyap, moga esok yang mendatang akan lebih sempurna. Memohon juga, agar tunas-tunas muda itu tidak menyerah layu sebelum waktunya.
Hari ini. Dia masih memuhasabah diri. Semalam yang telah berlalu dan hikmah-hikmah kehidupan yang telah digali telah banyak mematangkan dirinya. Setiap ujian yang dikirimkan semakin mencambah rasa redho dan sabar dalam dirinya. Setiap nikmat-nikmat yang masih dikekalkan untuknya, terutama untuk dakwah dan tarbiyah; semakin memberi makna untuk hakikat syukur dan bahagia. Setiap kesenangan dan pertemuan-pertemuan yang menghangatkan jiwanya, sungguh dia begitu berterima kasih kepada Tuhan Robbul Ikram.
Hari ini. Dia tersenyum. Menyaksikan tunas-tunas muda yang dibajai lewat hari semalam kini membesar subur menjadi pepohonan yang rimbung. Daun dan ranting yang mampu memberi teduh kepada tunas-tunas muda yang lain. Cahaya mentari yang bersinar galak (walau mendung kerap menjengah) mampu memberikan kekuatan kepada pepohonan itu untuk terus kukuh dan teguh. Sungguh dia bersyukur kepada Tuhan atas segala pertolongan tatkala dia bukan sesiapa. Tatkala dia masih bertatih mencari erti dirinya sebagai hamba.
Buat kamu,
Kemenangan pasti kan disampaikan oleh Tuhan. Walau kita merasa lelah dan berputus asa dengan begitu banyak dugaan dan kedegilan hawa nafsu. Kerana kita tahu, jalan ini bukanlah hamparan permaidani merah. Kerana kita yakin, kemuliaan hidup itu bukan dengan harta, pangkat atau anak-anak. Kerana kita percaya janji Tuhan, perjuangan ini jika tidak menang, pastinya syahid sebagai ganjaran.
Buat kamu,
Teruslah bersabar. Mengajar mendidik manusia untuk taat HANYA kepada ALLAH dan RasulNYA. Tanpa lalai, mengajar hati sendiri untuk menjadi hamba yang sebenar-benarnya. Jika mereka menolak dan berpaling, kita punya KUASA tertinggi untuk kita hadapkan segala kepasrahan, penyerahan dan tawakkal. Jika hati tidak merasakan ikhlas, pasti kepenatan ini tidak akan dikira oleh Tuhan Robbul Basyar.
Ya. Sehingga Tuhan Mengizinkan. Untuk itu, bersabarlah dan Insha Allah.